LONDON – Syarikat gergasi petroleum Arab Saudi, Aramco sah berada dalam saingan Formula Satu (F1) selepas menandatangani perjanjian jangka panjang bersama pasukan Aston Martin.
Sudah pasti kehadiran Aramco melonjakkan prestasi pasukan Aston Martin untuk berjuang membantu impian mereka bertarung di grid hadapan perlumbaan.
Aramco sebelum ini sudah menjadi penaja utama F1 dengan penjenamaannya tertera pada papan tanda tepi litar perlumbaan.
Aston Martin menjelaskan kerjasama tersebut turut melibatkan pembangunan dan pengkomersilan teknologi enjin bahan api cekap tenaga bagi kereta jalan raya serta pembangunan minyak enjin.
“Kami berada dalam saingan F1 ini untuk bergelar juara dan bersaing rapat untuk memburu podium pada setiap pusingan perlumbaan.
“Jadi, saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran Aramco yang mempunyai keupayaan teknikal yang sangat besar.
“Saya tahu Aramco akan banyak membantu pasukan ini untuk mencapai matlamat kami memenangi F1 dan gelaran dunia.
“Sudah pasti kehadiran Aramco bakal melonjakkan semangat pasukan dan membantu Aston Martin melakar sejarah dalam F1 satu hari nanti” kata Pengerusi Aston Martin, Lawrence Stroll
Stroll sebelum ini membeli pasukan yang dikenali sebagai Force India pada 2018 sebelum menjenamakan semula sebagai Aston Martin pada tahun lepas.
Pada perlumbaan musim 2022 nanti, pasukan Aston Martin akan diperkuat juara empat kali, Sebastian Vettel dan anak lelakinya Lance. Pasukan tersebut akan dikenali sebagai Aston Martin Aramco Cognizant. – AGENSI