fbpx

Amaran ribut petir di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tiga buah negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di negeri Pahang, Negeri Sembilan dan Johor sehingga pukul 1 tengah hari ini.

“Keadaan itu dijangka melanda daerah Bera dan Rompin di Pahang. Sementara di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin.

“Selain itu turut terlibat ialah negeri Johor, yang mana keadaan hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI