fbpx

Aliran trafik mula sesak di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak petang ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama terutama Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak pada petang ini.

Setakat pukul 3.17 petang tadi, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik perlahan arah selatan di Sungai Petani ke Sungai Dua, Julu Auto City menghala ke Tol Juru dan Bukit Tambun ke Bandar Cassia.

Aliran trafik juga bergerak perlahan di beberapa lokasi menghala ke utara iaitu di Jelapang ke Terowong Menora ekoran terdapat lori rosak di kilometer (KM) 260.5 yang menyebabkan lorong kiri terhalang.

Keadaan sesak juga berlaku sebelum masuk ke Plaza Tol Rawang Selatan.

Sementara itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik dilaporkan bergerak perlahan menghala ke Kuala Lumpur di Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong dan selepas Plaza Tol Bentong ke Lentang terus ke Bukit Tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI