fbpx

2,000 mangsa bah hilang dokumen penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norjuanita (dua kanan) memberi penerangan kepada ADUN Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said. mengenai proses permohonan mangsa banjir sempena Program berkenaan dekat sini hari ini.

TAMPIN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif turun ke lokasi yang dilanda banjir di sekitar negeri ini menerusi pasukan Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi membantu mangsa yang kehilangan dokumen pengenalan diri.

Pengarahnya, Norjuanita Baharudin berkata, program itu dilaksanakan menggunakan khidmat Mobile Bas JPN bagi memudahkan urusan mangsa banjir yang kehilangan dokumen penting tanpa perlu hadir ke pejabat JPN.

JPN Negeri Sembilan menjangkakan hampir 2,000 permohonan diterima membabitkan mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri.

“Mangsa banjir boleh mendapatkan khidmat secara percuma untuk penggantian dokumen seperti MyKad, MyKid, surat beranak, sijil perkahwinan dan sijil kewargenegaraan,” katanya pada Program Mekar Prihatin Pasca Banjir di Padang Awam Kampung Pasir Besar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norjuanita memberitahu, sepanjang tahun lalu, lebih 1,000 dokumen pengenalan diri dilaporkan hilang antaranya disebabkan kes bencana, jenayah dan kecuaian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI