PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,011 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID kekal sebanyak 6,453 kes,” demikian maklumat tersebut hari ini.
Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Johor (3), Pulau Pinang (2), Sabah (2), dan masing-masing satu kematian di Selangor, Kedah, Perak serta Terengganu.
Jumlah kes aktif pula mencatatkan 63,395 kes melibatkan 55,759 kes dikuarantin di rumah, 4,092 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,426 kes di hospital, 61 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 57 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE