fbpx

Wan Saiful jangan jaga tepi kain UMNO – Shahril Sufian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul Sufian

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan dinasihatkan supaya tidak menjaga tepi kain UMNO sebaliknya tumpu pada hal parti sendiri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, dakwaan Wan Saiful bahawa berlakunya pergolakan yang kini dialami UMNO adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, beliau hairan bagaimana orang luar tahu mengenai hal dalaman UMNO selain begitu yakin sehingga boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Beliau (Wan Saiful) tidak duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, dia juga tidak menghadiri mesyuarat macam mana dia boleh cakap begitu.

“Orang begini, saya rasa lebih baik dia cerita mengenai Bersatu sahaja, hal dalam UMNO dia tidak tahu. Lebih baik jaga tepi kain sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Santai Penerangan UMNO Bersama pengamal media di Restoran Banafee di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Wan Saiful mendakwa dalaman UMNO kini kucar kacir serta ahli juga tidak yakin untuk membawa nama Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya cabar tolong namakan Zahid Hamidi yang akan jadi perdana menteri daripada UMNO. Kalau pengecut tak berani sebut nama Zahid jangan duduk sentuh nama presiden daripada Bersatu,” katanya dalam kenyataan semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI