fbpx

Traore berkorban demi Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAORE sedia membuktikan kemampuannya pada pertemuan menentang Atletico hujung minggu ini. – TWITTER BARCELONA

BARCELONA – Bintang baharu Barcelona, Adama Traore sanggup menerima gaji lebih rendah semata-mata mahu pulang ke pangkuan bekas kelab yang pernah diwakilinya sejak 2003 hingga 2015.

Presiden Barcelona, Joan Laporta mendedahkan perkara itu yang menjadi faktor utama kejayaan kelab tersebut mendapatkan khidmat Traore secara pinjaman sehingga akhir musim daripada Wolverhampton Wanderers.

The Catalans turut ditawarkan pilihan untuk membeli pemain sayap lincah bertubuh sasa berusia 26 tahun itu secara tetap dengan harga bernilai £25 juta (RM141.73 juta) musim depan.

“Kami diberikan klausa oleh Wolves untuk membeli Adama Traore secara tetap. Kami sememangnya merancang untuk mengaktifkan klausa itu apabila kontrak pinjaman berakhir.

“Segalanya bergantung kepada dia (Traore). Ia berkemungkinan positif kerana dia sanggup memotong gajinya semata-mata mahu beraksi bersama Barca,” kata Laporta.

Sementara itu, Traore me­ng­akui sudah tidak sabar untuk kembali menyarung jersi Barcelona selepas kali terakhir memakainya ketika menentang Elche dalam aksi 16 terbaik Piala­ Raja Sepanyol pada 15 Janua­ri 2015.

“Saya akan buktikan kemampuan saya kepada para penyokong Barcelona hujung minggu­ ini,” kata Traore yang bakal diturunkan dalam kese­belasan utama bertemu Atletico­ Madrid untuk aksi La Liga pada Ahad ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN