fbpx

Polis Indonesia selia proses kuarantin warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja yang memakai sut pelindungan diri ketika menyembur cecair sanitasi di terminal ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. - Nikkei Asia

JAKARTA – Polis Indonesia menubuhkan sebuah pasukan khas untuk  menguruskan pelancong asing yang perlu menjalani prosedur kuarantin wajib bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.

Hal ini berikutan warga asing yang datang bercuti ke Indonesia mengeluh kerana proses kuarantin yang tidak teratur dan diselia dengan baik.

Ada juga warga asing yang bertindak melanggar peraturan kuarantin kerana tiada pihak berkuasa yang mengawal kawasan berkenaan.

Perkara tersebut mendapat perhatian Presiden Joko Widodo (Jokowi ) yang mahu isu tersebut diselesaikan dengan segera bagi mengelak republik itu mendapat nama buruk.

Jokowi juga memandang serius kegiatan rasuah melibatkan pihak berkuasa dalam membenarkan warga asing terlepas daripada kuarantin wajib terutama ketika varian Omicron sedang menular.

“Pasukan khas ini akan menguruskan pelancong asing sebaik sahaja mereka tiba di lapangan terbang hingga selamat tiba di hotel yang menjadi pusat kuarantin.

“Sesiapa yang melanggar peraturan kuarantin sepanjang tempoh ditetapkan bakal dikenakan tindakan tegas,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI