fbpx

PLUS saran pengguna mulakan perjalanan sebelum 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan agar memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 9 pagi bagi tempoh 4 hingga 6 Februari 2022 susulan jangkaan pertambahan kenderaan pada cuti hujung minggu.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PLUS hari ini, jumlah trafik dilihat meningkat pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina apabila Lebuh Raya Utara-Selatan menerima lonjakan trafik dari semua negeri dan ia dijangka berulang pada hujung minggu ini.

“Lebuh Raya Utara-Selatan akan kembali sesak berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan sebelum ini akan memulakan perjalanan pulang ke ibu negara dan sekitar Lembah Klang pada 5 dan 6 Februari nanti,” katanya.

Cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh pihaknya.

“Bagi pelanggan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memulakan perjalanan dari lokasi paling jauh dari ibu negara dinasihatkan membuat perancangan awal dan persiapan rapi serta mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

“Bagi memastikan perjalanan lebih lancar di lebuh raya, pastikan baki kad Touch’n Go dan eWallet telah ditambah nilai dan sentiasa mencukupi,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar setiap pengguna sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI