fbpx

PKR umum senarai calon dalam waktu terdekat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk di Pekan Kelapa Sawit, Kulai, Johor hari ini.

KULAI – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pihaknya akan mengumumkan senarai nama calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam masa terdekat.

“(Senarai nama calon) Secepat yang mungkin, kita kira ada berapa hari lagi,” katanya ringkas selepas melawat Pekan Kelapa Sawit, di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pembangkang itu tiba di daerah ini pada pukul 4.50 petang dan disambut kira-kira 100 penyokong dan penduduk setempat.

Beliau meluangkan masa selama setengah jam untuk beramah-mesra dengan pengunjung restoran sebelum meninjau lukisan mural yang popular di pekan berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalannya, Jimmy Puah Wee Tse yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu.

Sementara itu, Wee Tse pula memberitahu, program itu bukan satu kempen yang dianjurkan PKR sebaliknya ia merupakan tentatif dalam siri jelajah dua hari Ahli Parlimen Port Dickson itu ke negeri tersebut.

Wee Tse turut memberitahu, perbincangan antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sedang berlangsung dan kerjasama antara kedua-dua pihak itu diyakini bakal dimuktamadkan.

“Kerjasama itu akan menyaksikan parti komponen PH (PKR, DAP dan Parti Amanah Negara) secara bersama akan menyerahkan sebahagian kuota kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi kepada Muda.

“Kita jangka ada satu lagi mesyuarat untuk memuktamadkan kerjasama berkenaan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya membuat keputusan berhubung tarikh PRN Johor pada 9 Februari ini,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI