fbpx

Perhilitan cekup 3 pemburu haram bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian senjata yang dirampas dari sebuah ran haram di hutan simpan terletak dalam Selangor kelmarin. – Foto IHSAN PERHILITAN

PUTRAJAYA – Penahanan tiga individu mencurigakan di dalam kawasan hutan simpan di Selangor kelmarin membongkar kegiatan jenayah pemburuan haram mereka selama ini.

Trio suspek berkenaan yang gagal melarikan diri berjaya dicekup dalam operasi khas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Perhilitan menerusi satu kenyataan berkata, mereka turut mendapat bantuan daripada pasukan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli untuk menahan ketiga-tiga suspek berkenaan.

“Serbuan telah dilancarkan ke atas sebuah ran yang dibina secara haram di hutan simpan itu dan hasilnya, tiga orang kemudian berjaya ditahan dalam operasi tersebut.

“Turut berjaya dirampas menerusi serbuan berkenaan adalah beberapa bahagian hidupan liar disyaki kijang serta selaras senapang, empat bilah parang dan sebilah kapak dimiliki suspek,” kata kenyataan itu semalam.

Kesemua pemburu haram tersebut dan barang yang disita oleh Perhilitan itu seterusnya dibawa ke balai polis berhampiran untuk proses penyiasatan dan tindakan selanjutnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI