fbpx

Pasar Payang jadi tumpuan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN orang ramai di Pasar Besar Kedai Payang yang sesak di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Keba­nyakan lokasi tarikan di bandar raya ini sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang sempena pe­rayaan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah.

Tinjauan Kosmo! mendapati, Pasar Besar Kedai Payang di sini diserbu pengunjung sejak awal pagi semalam bagi mendapatkan produk dan makanan tradisional Terengganu.

Seorang pengunjung dari Kelantan, Ahmad Fikri Husni, 36, berkata, dia berkunjung ke pasar besar terbabit bagi membeli ke­ropok lekor dan keping, serun­ding serta kain pasang.

“Tak sangka penuh sesak sehingga memaksa kami menghabiskan masa hampir sejam semata-mata untuk mencari tempat letak kereta walaupun cuti umum sudah berakhir semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Salah seorang peniaga, Hasmah Che Rasid, 57, pula menambah, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang berpusu-pusu mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang sejak Sabtu minggu lalu.

“Saya terpaksa mengambil dua pekerja sambilan baharu bagi membantu melayan pelanggan.

“Apa pun syukur perniagaan kembali rancak seperti sebelum penularan pandemik Co­vid-19. Yang penting kita kena jaga prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, Jambatan Angkat Kuala Terengganu turut menjadi tumpuan pelancong.

Seorang pengunjung dari Selangor, Mohd. Ramzi Roslan, 33, berkata, dia dan ahli keluar­ganya terpaksa beratur sehingga 30 meter sebelum dapat membeli tiket menaiki galeri ­ruang tinjau.

“Tidak apalah beratur panjang. Kami teruja untuk melawat jambatan angkat yang ikonik ini buat pertama kali,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI