fbpx

Oki Setiana Dewi didakwa sokong keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oki dikecam kerana didakwa menyokong keganasan rumah tangga. - Google

JAKARTA – Selebriti dan penceramah Indonesia, Oki Setiana Dewi menjadi sasaran kecaman netizen apabila dia didakwa menyokong keganasan rumah tangga, lapor laman Suara.com, hari ini.

Menerusi rakaman ceramahnya baru-baru ini, Oki bercerita tentang bagaimana seorang wanita yang dipukul suami ketika bertengkar memilih untuk tidak menceritakan aib lelaki itu kepada orang luar termasuk ibu bapa.

“Wanita perlu menjaga aib suaminya. Kebiasaannya wanita ini emosi dan terlalu cepat memperbesar-besarkan hal yang kecil,  jadi menampakkan kejadian yang tidak seberapa menjadi serius.

“Tidak perlu ceritakan keburukan dan aib suami kita pada orang,” katanya dalam ceramah itu.

Penceritaan Oki mendapat reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan pendekatan yang dicadangkan oleh selebriti itu.

“Ini tidak betul, jika seorang lelaki sudah mula mengangkat tangan kepada isterinya, itu sudah dikategorikan sebagai bendera merah,” komen seorang pengguna media sosial.

“Lelaki kalau pernah sekali memukul wanita pasti akan melakukannya lagi. Hidup kita bukan drama filem yang boleh bersabar dan menerima apa adanya,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI