fbpx

Muda gesa SPR pertimbang pelbagai opsyen saluran pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (kanan) bercakap sesuatu ketika Kempen Jelajah Mendengar sempena PRN Johor di Al-Mizan Satay House, Jalan Tebrau, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merayu agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelbagai opsyen bagi memastikan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah tinggi.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah itu hanya akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) yang tamak untuk kembali berkuasa.

Syed Saddiq berkata, rakyat Johor yang berdepan kesukaran untuk pulang mengundi seperti yang berada di Sabah dan Sarawak serta di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu perlu diberikan kelonggaran untuk membuang undi secara undi pos.

“Bagi kira-kira 200,000 rakyat negeri ini yang berada di Singapura pula, benarkan mereka membuang undi di kedutaan Malaysia di negara republik itu.

“Muda merayu SPR memudahkan pengundi di luar untuk balik mengundi atau memudahkan mereka bagi melaksanakan hak mereka. Ini adalah tanggungjawab SPR untuk pastikan peratusan keluar mengundi tinggi,” katanya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat khas disediakan kepada kira-kira 200,000 penduduk Johor di Singapura bagi menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi dalam PRN Johor tidak lama lagi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Alif Azri mencadangkan pelaksanaan undi pos bagi mahasiswa perlu mengambil kira pelbagai aspek, termasuk prosedur dan tatacara memandangkan jumlah pelajar IPT di Malaysia mencecah lebih 400,000.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, SPR perlu mempertimbangkan segala cadangan yang disuarakan pelbagai pihak dalam memastikan proses demokrasi itu berjalan lancar dan mencapai maksudnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI