fbpx

Khalid Samad didakwa naik pelamin kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar perkahwinan Khalid dan pasangannya yang tular di laman sosial.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didakwa berkahwin lagi selepas gambarnya bersama seorang wanita tular dalam laman sosial hari ini.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi di laman Facebook, Khalid dan pasangannya mengenakan pakaian pengantin sedondon berwarna putih.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan tersebut dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

“Tahniah YB (Yang Berhormat), diam-diam tambah kuota, apapun semoga YB dan pasangan bahagia. Bini tua jangan lupa,” tulis Kami Hisyam.

Turut meninggalkan komen seorang pengguna Facebook, Pak Oden Kimchi yang menulis ‘Tak dapat Kampung Baru dapat bini baru pun ok lah kan?’

Pada masa sama, netizen menyeru agar wakil rakyat itu tidak mengabaikan kebajikan mangsa banjir di kawasan pentadbirannya.

“YB jangan lupa kebajikan orang Shah Alam, ramai lagi yang tengah susah sebab banjir,” tulis Mahir Ahmad.

“Akhirnya terubat jugak kesedihan orang Shah Alam yang tenggelam banjir bila tengok YB bahagia,” Rosidah Ismail.

Sementara itu, sumber menafikan Khalid sudah bernikah dan memaklumkan majlis tersebut tidak dapat berlangsung berikutan ketiadaan jurunikah ketika beliau bersama keluarga hadir dekat sebuah masjid.

Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Khalid berpoligami selepas beliau bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Dr. Zaiton Abu Bakar.

Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton untuk membuat penyelesaian secara baik.

Menerusi keputusan mahkamah itu, Khalid sebagai plaintif bersetuju memberikan sebuah rumah banglo yang didiami bersama Zaiton sekarang dan pemilikan sebuah penthouse di Shah Alam ditukar kepada Zaiton.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu juga bersetuju memberikan kenderaan jenis Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI