fbpx

Kes cecah 7,000, ramai mahu batal tempahan kuih raya, baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ada yang sudah menempah kuih raya, baju raya dan tidak kurang juga yang sudah merancang cuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Itu antara perkongsian pengguna medial sosial mengenai perancangan mereka untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Bagaimanapun ‘impian’ itu seolah-olah kabur selepas kes harian Covid-19 hari ini melonjak kepada angka 7,234 berbanding 5,720 kes yang direkodkan semalam.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata mereka melahirkan kebimbangan susulan lonjakan kes itu dan tidak mahu perayaan Aidilfitri tahun ini disambut sekali lagi secara alam maya.

Tidak kurang juga yang mahu membatalkan tempahan kuih raya dan baju raya kerana bimbang akan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mungkinlah tahun ini raya di perantauan lagi? musnah impian nak bakar lemang sambil ‘selfie’ raya di kampung,” tulis Asan Naim.

“Selamat hari raya PKPD (PKP Diperketatkan) 2022. Kita raya ‘live’ tahun ini,” komen Hafizall MD. Zuki Fizalro.

Berita berkaitan: Jangkitan baharu Covid-19 lepasi 7,000

Turut meninggalkan komen pengguna, Siti Rokiah yang mengakui sudah membuat tempahan baju dan kuih raya.

“Jangan tiba-tiba kata PKP lagi raya tahun ni. Aku batal tempahan kuih raya dan baju raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada pengguna yang masih berharap mereka dapat pulang beraya dengan keluarga tercinta di kampung selepas dua kali beraya di perantauan.

“Saya yakin tidak akan ada PKP lagi, sebab kerajaan dah umum tiada lagi PKP di seluruh negara selepas ini,” tulis Maisarah Halim.

Senada dengan Maisarah Halim adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mie Kaduk.

“Tiada lagi PKP besar-besaran, yang ada hanya PKPD bersasar, jangan bimbang semua dapat balik beraya di kampung tetapi SOP (prosedur operasi standard) kena patuh,”nasihatnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI