fbpx

Kematian lelaki mengamuk serang bapa bukan sebab kekerasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Bakhtiar (tengah) menyampaikan kotak makanan kepada salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Ulu Bekor pada Program High Profile Policing (HPP), di sini, hari ini. FOTO : MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki yang meninggal dunia selepas ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Temong Hilir di sini Sabtu lepas bukan disebabkan pelakuan kekerasan.

Berdasarkan laporan bedah siasat kematian lelaki berusia 38 tahun itu disebabkan Excited delirium syndrome (ExDS) yang cenderung berlaku kepada pesakit mental.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, perkara itu disahkan pakar patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang membuat pemeriksaan ketika bedah siasat.

“Laporan lengkap bedah siasat telah dikeluarkan pada Isnin lepas termasuk laporan pakar patologi untuk memastikan sebab kematian.

“Daripada laporan itu, didapati tiada sebarang jenayah kekerasan berlaku semasa tahanan dibuat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Daerah di Kampung Orang Asli Ulu Bekor di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat oleh keluarga mangsa pada Ahad lalu.

Katanya, ahli keluarga pada awalnya tidak berpuas hati dengan kematian mangsa sebelum akur dan menerima punca kematian yang disahkan oleh pakar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI