fbpx

Jangan persoal, pertikai kesetiaan Pas – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) meninjau Jualan Prihatib Rakyat di Pagoh, Muar hari ini.

MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kesetiaan Pas tidak seharusnya dipertikaikan lagi memandangkan parti berkenaan antara yang mengasaskan gabungan itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, muzakarah antara Bersatu dan Pas yang dimuktamadkan baru-baru ini juga sudah cukup untuk menunjukkan komitmen parti itu dalam PN.

“Pas orang kata pengasas bila saya tubuhkan PN, Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) sertai kemudian jadi sebab itu sampai hari ini (Pas) masih kekal bersama (dalam PN).

“Jangan dipertikai, jangan dipersoalkan tentang soal kesetiaan dan sikap istiqomah Pas bersama dan kita baru selesaikan muzakarah, bentang resolusi yang menunjukkan komitmen yang total parti-parti dalam PN,” katanya selepas menghadiri Jualan Prihatin Rakyat di Pagoh, hari ini.

Dalam konteks Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Muhyiddin berkata, tidak timbul soal kerjasama Pas dengan parti atau gabungan lain lagi memandangkan perkara itu juga telah dimuktamadkan sebelum ini.

Katanya, PN juga sudah menetapkan kawasan untuk bertanding dalam PRN Johor melibatkan Bersatu, Pas dan Gerakan yang mana proses pembahagian kerusi antara mereka akan diselesaikan hujung minggu ini.

“Mungkin dengan pembahagian itu bukan sahaja untuk PRN tapi juga ke hadapan dalam Pilihan Raya Umum dan sebagainya kita akan selesaikan.

“Masing-masing akan tahu di mana mereka berada dan akan mengambil beberapa langkah untuk perkukuh parti masing-masing atas nama PN yang tumpuannya untuk membantu rakyat,” katanya.

Pada 29 Januari lalu, muzakarah Bersatu dan Pas mencapai kata putus untuk terus memperkukuh hubungan mereka dan mendukung ‘prinsip bersama’ serta menolak budaya politik ekstrim.

Lima resolusi dicapai pula dengan kesepakatan mendukung nilai integriti, kejujuran, kestabilan dan perpaduan yang inklusif serta menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI