fbpx

Greenwood dibebas dengan ikat jamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan untuk siasatan ekoran tuduhan jenayah ke atasnya. – AFP

MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Mason Greenwood akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan sejak Ahad lalu apabila berdepan tuduhan rogol, keganasan dan ugutan bunuh.

Polis Greater Manchester (GMP) mengesahkan bahawa pemain berusia 20 tahun tersebut telah bebas dari tahanan, namun siasatan mengenai dakwaan yang dihadapinya masih lagi diteruskan.

“Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan sejak Ahad lalu apabila berdepan tuduhan rogol, keganasan dan ugutan bunuh kini sudah dibebaskan dengan ikat jamin tetapi siasatan mengenai perkara itu tetap diteruskan.

“Kami juga mahu meng­ingatkan semua orang supaya tidak memberikan komen atau berkongsi sebarang foto ataupun video yang boleh melanggar hak mangsa atau sebarang perkara yang boleh mengganggu siasatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan GMP.

Biarpun sudah dibebaskan daripada tahanan, United belum mengeluarkan sebarang ke­nyataan mengenai pemainnya itu yang menyaksikan Greenwood masih digantung dan tidak dibenarkan menyertai sesi latihan serta perlawanan.

Selain United, syarikat barangan sukan terkemuka, Nike turut menggantung hubungannya bersama Greenwood dan situa­si berkenaan menyebabkan pemain itu berdepan kerugian besar apabila dia menerima tajaan dianggarkan sebanyak £1.5 juta (RM8.51 juta) semusim.

Masa depannya sebagai pemain bakal musnah dan Greenwood boleh diheret ke penjara sekiranya tuduhan ke atasnya benar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI