fbpx

Burkina Faso langsung tidak rasai kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURKINA FASO mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang saingan kali ini, namun langkah mereka terhenti di separuh akhir apabila tewas kepada Senegal awal pagi semalam. – AFP

YAOUNDE, Cameroon – Ketua jurulatih Burkina Faso, Kamou Malo berbangga de­ngan pencapaian yang dilakar anak-anak buahnya meskipun cabaran mereka terkandas di separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Hasrat The Stallions untuk mara ke final mengulangi edisi 2013 tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Senegal pada aksi di Stadium Ahmadou Ahidjo awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Malo, 59, yang pernah melepaskan tugas sebagai pegawai polis untuk meneruskan karier jurulatih, langsung tidak kecewa dengan kegagalan ke pentas final edisi kali ini.

“Semua orang tahu Senegal adalah sebuah ‘armada’ yang besar dan hebat. Ia adalah salah satu negara terhebat di benua Afrika.

“Saya gembira kerana kami kekal bermain dengan karakter tersendiri walaupun bertemu lawan hebat seperti Senegal.

“Kami kekal bermain de­ngan gaya dan identiti tersendiri. Sebab itu saya amat gembira walaupun jujurnya sudah tentu kami juga mahu bermain di final,” katanya.

Punca utama kekalahan Burkina Faso adalah disebabkan kecederaan dialami penjaga gol utama, Herve Koffi yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-36 ketika bersaing merebut bola dengan pemain Senegal, Cheikhou Kouyate.

Ketiadaan Koffi menyaksikan Senegal berjaya meledak tiga gol dalam tempoh 17 minit menerusi Abdou Diallo pada minit ke-70, Idrissa Gueye (m-76) dan Sadio Mane (m-87). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI