fbpx

Bebalkan orang sebab ‘Evian’, suami Nora Danish dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA Danish bersama suaminya, Nedim Nazri Aziz.

PETALING JAYA – Suami kepada pelakon jelita Nora Danish, Nedim Nazri Aziz menerima kecaman hebat gara-gara mempersoalkan rasa tidak puas hati netizen berhubung isu air minuman jenama premium iaitu Evian yang disajikan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, baru-baru ini.

Menerusi Twitter, Nedim atau nama sebenarnya, Nedim Sujak Nazri Aziz berkata, penyediaan air dalam mesyuarat tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Teruk sangat orang bebal sekarang ini, pasal air mineral pun depa (mereka) nak cari ‘point’.

“These type of young generation nak jadi future leader? (Orang-orang generasi muda seperti ini nak jadi pemimpin masa depan?) Mampuih,” ciap Nedim, 39.

CIAPAN Nedim berkaitan isu air mineral Evian yang mengundang kecaman netizen.

Disebabkan ciapan berkenaan, anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz itu menerima kecaman bertubi-tubi termasuk ada dalam kalangan netizen yang menyelak sejarah kehidupannya sebelum ini.

“Mestilah bebal. Generasi kami tak dapat rasa macam ini,” ciap seorang netizen berbaur sarkastik seraya menyertakan tangkap layar foto ‘lama’ dirinya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Nora Danish.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mempertahankan tindakan kebanyakan netizen yang mempersoalkan relevansi penggunaan air mineral berjenama premium ketika para pemimpin sedang bermesyuarat untuk menurunkan harga barang.

“Ia dipanggil ‘political optics’. Kau tunjuk kau tengah mesyuarat untuk turunkan harga barang tapi air mineral kau sama harga dengan satu kilogram benda yang kau ‘meeting’ untuk turunkan harga barang,” ciap pengguna Twitter terbabit.

Terdahulu, akaun Twitter rasmi Pejabat Perdana Menteri memuat naik video menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta beberapa anggota lain dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.

Berdasarkan ciapan, menyuarat memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90.

Pun begitu, apa yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen adalah air mineral jenama Evian yang disajikan dalam mesyuarat tersebut yang berharga sekitar RM8 sebotol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI