fbpx

Bayi baru lahir dan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di dalam bakul pakaian.

MELAKA – Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di dalam bakul pakaian di kaki lima hadapan sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam di sini, hari ini.

Bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat itu dijumpai seorang wanita berusia 51 tahun yang mendakwa terdengar bunyi tangisan semasa mengutip tin di kawasan berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Sejurus menemui bayi tersebut, wanita terbabit telah membawanya ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan menghubungi pihak polis dan ambulans.

“Setiba di lokasi, kita mengesahkan terdapat seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bernyawa serta bertali pusat diletakkan di dalam bakul dobi pakaian beralaskan kain batik,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, bayi tersebut kemudian telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk diberikan rawatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI