fbpx

Bawa anak dalam kereta sorong, ‘Cikgu Cinta’ tampil membantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang dikongsi Maisarah yang memaparkan aksi seorang bapa bersama anaknya di dalam kereta sorong ketika mengutip barangan terpakai di Bandar Tawau, Sabah kelmarin.

PETALING JAYA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itu perumpamaan yang boleh menggambarkan situasi seorang bapa yang terpaksa membawa anaknya di dalam kereta sorong semasa mencari rezeki di sebuah bandar di Sabah.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Maisarah Hannan, dia terserempak dengan dua beranak tersebut semasa memandu sebuah kereta di Tawau, Sabah kelmarin.

Dia yang terkenal dengan jolokan Cikgu Cinta kemudiannya terus mencari kedua-dua mereka tersebut sebelum menemuinya di sebuah kawasan lot kedai.

Berdasarkan klip video yang dikongsi Maisarah, lelaki berkenaan bersama anaknya tinggal di atas sebuah perahu di Kampung Titingan atau terkenal dengan nama Ice Box di Tawau.

Difahamkan lelaki berkenaan ke Bandar Tawau untuk mengutip kotak dan barangan terpakai untuk dijual bagi menyara keluarganya.

Paling menyentuh hati dalam klip video berdurasi 4 minit 25 saat itu adalah apabila lelaki berkenaan kelihatan memberi susu botol kepada anaknya sambil meriba kanak-kanak tersebut.

Dia kemudiannya dilihat meletakkan semula anaknya di atas kereta sorong yang hanya dilapik kotak terpakai.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, klip video tersebut telah ditonton lebih 668,000 kali dah dikongsi lebih 11,000 pengguna.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memuji sikap yang ditonjolkan guru terbabit serta mendoakan agar kedua-dua beranak terbabit dimurahkan rezeki selalu.

“Alhamdulillah semoga pakcik dan anaknya dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki berpanjangan. Terima Kasih pada cikgu,”tulis Mieyah Jep.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nick Husyaimie.

“Allahuakbar, semoga pakcik dan anaknya itu diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik,”ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI