SI ibu yang buat onar, anak pula terkena tempias kecaman.
Itulah yang berlaku kepada Cik B apabila ibunya, Datuk Seri Vida dihambat kecaman hebat netizen susulan kontroversi mengenai dakwaan gay terhadap Anuar Zain.
Sempat juga Mizz Lahar meninjau ruangan komen Instagram Cik B, memang ramai yang meluahkan rasa marah dan geram terhadap Vida di situ.
Rata-rata mereka meminta Cik B menasihatkan ibunya agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan reputasi sebagai seorang yang dikenali ramai.
Namun, dalam kebanjiran komen negatif, terselit juga beberapa individu yang meminta netizen lain berhenti mengecam Cik B kerana kesalahan ibunya.
“Tenang semua, ibunya yang buat salah, hentamlah Vida. Cik B masih remaja dan perkara ini boleh jejaskan mentalnya,” kata seorang pengguna Instagram.
“Kenapa anda semua memalukan dia? Mak dia yang salah tetapi mengapa Cik B perlu bertanggungjawab dan tanggung silap ibunya? Jadi, apa beza anda semua dengan Vida?” komen seorang lagi netizen.
Ada benar juga apa yang diperkatakan individu itu. Betullah, orang lain yang buat salah tetapi Cik B pula perlu menelan pahitnya.
Harap Cik B tak ambil kisah dengan semua komen negatif itu dan teruskan jadi diri sendiri.
MIZZ LAHAR: Mungkin Vida perlu ikut nasihat Michael Ang untuk bertemu dengan Anuar membuat permohonan maaf secara peribadi.