fbpx

TSG pasukan terbaik Jelajah Sharjah, UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pelumba TSG bergambar di atas podium bersama trofi kejuaraan dan tetamu kehormat selepas muncul pasukan terbaik pada siri Jelajah Sharjah, UAE semalam.

TENGKU YUSOFF

PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menamatkan siri Jelajah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan cemerlang apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik.

TSG mencatat masa keseluruhan 19 jam 53 minit 14 saat untuk menduduki ranking pertama, manakala Meiyo CCN Pro Team dari Taiwan (19:54:00s) pula di tempat kedua.

Pengurus TSG, Mohd. Saiful Anuar Aziz berkata, keputusan bagi kategori individu keseluruhan atau jersi kuning juga agak memberangsangkan menerusi dua pelumba, Anatoliy Budyak dan Sainbayar Jambaljamts.

Budyak yang merupakan pelumba muka baharu TSG berada di tempat keempat memungut 20 mata, manakala Sainbayar di kedudukan keenam mengumpul 10 mata.

“Dalam perebutan jersi hijau atau raja pecut pula menyaksikan Sainbayar berada di kedudukan kelapan keseluruhan setelah mengutip 33 mata sepanjang saingan lima peringkat perlumbaan.

“Budyak turut tidak ketinggalan menamatkan saingan di tempat keempat dalam kategori raja bukit atau jersi polka dot,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Saiful Anuar berpuas hati dengan prestasi barisan pelumba TSG mempamerkan kayuhan terbaik termasuk Bu­dyak yang membuat penampilan sulung.

Pada kejohanan bertaraf 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, TSG meraih satu kedudukan podium menerusi Budyak yang menamatkan perlumbaan peringkat ketiga di tempat kedua.

Jelajah Sharjah didominasi pelumba veteran Shabab Al Ahli Cycling Team, Grega Bole yang membolot jersi kuning dan hijau.
Jersi polka dot pula menjadi milik pelumba Maghribi, Anass Ait El Abdia yang mewakili Al Shafar Jumeirah Cycling Team.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI