fbpx

TSC lega saingan LTdL diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSC sudah pastinya akan turun bersaing pada kejohanan LTdL 2022 meskipun telah ditunda pada Jun depan.

PENGURUS pasukan Team Sapura Cycling (TSC), Sayuti Zahit mengakui lega apabila saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 masih akan dianjurkan biarpun sudah ditunda pada Jun depan.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi satu kenyataan menjelaskan sudah menerima permohonan rasmi daripada syarikat pe­nganjur, Human Voyage Sdn. Bhd. untuk menunda kejohanan itu dari 3 hingga 10 Mac ke 18 hingga 26 Jun depan.

Justeru, Sayuti bersyukur memandangkan penundaan tarikh kejohanan itu memberi petanda LTdL 2022 akan tetap dianjurkan, sekali gus memberi kelegaan kepada setiap pasukan.

“Bagi saya, apabila KBS sudah mempunyai tarikh, kita bersyukur kerana LTdL tahun ini akan dapat diteruskan. Bagaimanapun, KBS akan berbincang dengan penganjur selain beberapa faktor perlu diteliti.

“Beberapa perkara seperti peningkatan kes Covid-19 serta hak penyiaran perlu diambil kira. Perkara-perkara seperti ini sememangnya perlukan penelitian sewajarnya,” katanya.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab sebelum ini berkata, penganjuran LTdL yang sepatutnya berlangsung 3 Mac depan tidak dapat dilangsungkan kerana masa terlalu suntuk.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, PKBM mendaftar LTdL 2022 pada Jun 2021 atas inisiatif sendiri bagi memastikan kejohanan itu kekal dalam kalendar tahunan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut berharap penganjur sudah bersedia sepenuhnya bagi memastikan kejohanan tersebut dapat dilangsungkan dengan penuh meriah di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI