fbpx

SOP PRN Johor hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir selesai dan akan dibentang kepada pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan (KKM) dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun SOP itu akan menyaksikan sedikit perbezaan berbanding apa yang dilakukan Melaka dan Sarawak dengan mengambil kira kewujudan varian Omicron.

“Secara umumnya, SOP semasa PRN Melaka berjaya memandangkan tiada peningkatan kes yang mendadak begitu juga dengan SOP PRN Sarawak.

“SOP di Johor berbeza kerana adanya varian Omicron. Kita lihat dari segi keseriusan kes, kemasukan ke hospital tidak meningkat dengan mendadak cuma mungkin akan ada juga peningkatan kes,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, KKM juga sedang dalam peringkat perbincangan tentang penilaian risiko sekiranya ‘walkabout’ dibenarkan bagi PRN Johor.

“Kita masih lagi sedang berbincang di peringkat dalaman KKM tentang penilaian risiko tapi saya rasa hampir muktamad dari segi SOP,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI