fbpx

Peminat sudah cemburukan Zul Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI mesra Zul dan Nelissa membuatkan peminatnya 'makan hati'.

DALAM tempoh setahun, entah berapa kali Mizz Lahar bercerita tentang hero idaman Malaya, Zul Ariffin.

Semuanya gara-gara video promosi drama terbaharu lakonannya, Tarik Aku Ke Syurga gandingan bersama Nelissa Nizam.

Kali ini mengenai aksi romantis Zul dengan Nelissa yang dikatakan berwajah mirip Ayda Jebat itu.

“Tak sanggup nak tengok kemesraan mereka. Apakah ini Zul?” luah seorang peminatnya.

TANGKAP layar komen peminat terhadap perkongsian video daripada Zul.

“Susah juga jadi pelakon kalau hero macam Zul. Jenuh tahan hati jatuh cinta,” kata seorang lagi netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat bakal isteri Zul perlu memiliki hati yang kuat kerana karier Zul sebagai pelakon.

“Zul ini kalau nak kahwin esok, harap jodoh dia tak kuat cemburu. Kalau tak, hari-hari makan hati lihat suami romantis dengan pelakon wanita lain,” komen seorang lagi netizen.

Macam-macam juga ya pendapat netizen, ada juga yang masuk akal. Walau apa pun yang netizen tulis, Zul sendiri pasti tahu batasnya.

MIZZ LAHAR: Tahniah untuk Intan Ladyana dan Neelofa yang masing-masing baru menimang cahaya mata. Selamat berpantang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI