fbpx

Nenek tidak mahu nama ‘Iblis’, minta tukar nama cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA Lucifer telah membunuh ibu serta datuk belah ibunya dalam satu serangan kapak yang ngeri di perbandaran Nova Olinda, Brazil. - Newsflash

BRASILIA, BRAZIL – Seorang wanita membuat tuntutan mahkamah untuk menukar nama cucu lelakinya setelah bapa bayi itu membunuh ibunya dalam satu serangan bersenjatakan kapak yang ngeri, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pertukaran nama Little Lucifer yang bermaksud Iblis Kecil itu difailkan pada Jun tahun lalu. Bayi lelaki yang dilahirkan pada Mac tahun lalu itu dipercayai orang terakhir yang diberi nama menakutkan itu di Brazil.

Lucifer yang berusia 10 bulan kini dijaga neneknya selepas bapanya membunuh ibu serta datuknya dalam serangan kapak yang mengerikan di rumah keluarga itu pada Mei tahun lalu. Ketika kejadian, dia baru berumur dua bulan.

Bagaimanapun, bapanya ditemui meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Pegawai-pegawai daripada majlis perbandaran Nova Olinda, timur laut Brazil difahamkan telah membuat keputusan berkenaan pertukaran nama tersebut.

Lucifer bermaksud ‘pembawa cahaya’ dalam bahasa Latin tetapi dalam tradisi Kristian ia dikaitkan dengan iblis. 

Nama itu bahkan diharamkan di New Zealand.

Brazil adalah negara dengan jumlah penganut agama Kristian kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. 

Nama baharu bayi berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan demi menjaga privasinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI