fbpx

Medan selera Padang Kota Lama kecoh peniaga bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pergaduhan sekumpulan lelaki di Padang Kota Lama di George Town kelmarin.

GEORGE TOWN – Kawasan tumpuan pelancong di Kompleks Makanan Medan Renong, Padang Kota Lama di sini kecoh apabila beberapa peniaga bergaduh sesama sendiri kelmarin.

Kejadian itu tular di media sosial apabila pengunjung yang membuat rakaman kejadian itu memuat naik video selama kira-kira seminit ke laman sosial.

Video itu memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh sesama sendiri sehingga menimbulkan kegusaran sebahagian pengunjung yang sedang menjamu selera.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, Asmadi Mohd Razali berkata, kejadian itu bukan pergaduhan antara pelanggan dengan peniaga seperti yang didakwa di media sosial.

Katanya, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu hanya membabitkan perselisihan faham antara peniaga kompleks makanan tersebut.

“Ia berpunca daripada salah faham dan masalah peribadi antara dua peniaga dan sudah diselesaikan dengan baik.

“Kejadian itu tidak membabitkan kerosakan harta benda dan kecederaan peniaga atau pelanggan, manakala ia hanya berlaku sebentar sahajai,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Asmadi meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencemarkan imej kompleks makanan berkenaan yang menjadi tumpuan pengunjung ke Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI