fbpx

Malaysia Singapura jalin kerjasama lebih erat – Mahdzir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (empat dari kiri) dan Masagos Zulkifli (dua dari kanan) mencapai persefahaman kerjasama dua hala menerusi perbincangan yang diadakan di Bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan mencapai persefahaman kerjasama dua hala bersama Singapura dalam bidang pendidikan teknologi dan kreatif menerusi hasil perbincangan yang diadakan di antara kedua-dua pihak hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, persefahaman kerjasama dua hala itu dicapai hasil perbincangan bersama Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pada kunjungan hormatnya ke Putrajaya hari ni.

“Selain bertukar pandangan dalam hal pembangunan sosial, turut disentuh Masagos Zulkifli dan delegasinya ialah rancangan mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi faedah dua hala terutama kepada masyarakat di luar bandar.

“Masagos Zulkifli yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Agama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak selepas Malaysia membenarkan kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri eko dan agro pelancongan serta pelancongan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mahdzir, Masagos Zulkifli akan berada di Malaysia selama tiga hari dalam rangka lawatan kerja rasmi beliau yang bermula hari ini.

Jelas beliau, lawatan kerja rasmi itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura yang terjalin sejak 59 tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI