fbpx

KPT tanggung bayaran proses UPUOnline

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline atau unik ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2022/2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan pihaknya mengambil keputusan ini selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Menurutnya, kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin unik ID Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

“KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

“Selain itu, permohonan kemasukan akan dibuka mulai 4 Febuari sehingga 31 Mac 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI