fbpx

GITC terlibat langsung pembangunan modal insan TVET negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) hari ini.

PUTRAJAYA – Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) yang diperakukan penubuhannya hari ini akan terlibat secara langsung buat julung kalinya dalam pembangunan modal insan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, GITC yang diperakukan pada Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) hari ini akan terlibat khususnya dalam perkara berkaitan keperluan kemahiran dan tenaga kerja.

Beliau berkata, keanggotaan GITC terdiri daripada 12 persatuan berdasarkan sektor industri yang bersetuju bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda TVET negara melalui GITC.

“Mesyuarat juga telah bersetuju dengan pelaksanaan TVET Collaboration Hub, melibatkan 11 kementerian dan diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Inisiatif ini bakal menjadi platform kolaborasi strategik kepakaran, peralatan dan teknologi antara pusat kecemerlangan dengan institusi-institusi TVET, pihak berkuasa wilayah ekonomi dan industri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sejumlah 12 hab telah dikenal pasti termasuk automotif, semikonduktor, marin, penyaman udara, aeroangkasa, robotik, rel, telekomunikasi, hospitaliti dan pelancongan serta teknologi makanan yang akan dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, mesyuarat bersetuju secara dasar dengan cadangan penarafan tunggal TVET, namun proses libat urus bersama kementerian serta industri perlu dilaksanakan sebelum dibentangkan semula dalam mesyuarat MTVET akan datang.

“Inisiatif ini dijangka akan memperkukuh simbiosis ekosistem TVET dalam menghubungkan pihak-pihak yang terlibat untuk merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja.

“Usaha-usaha yang dilaksanakan MTVET amat signifikan bagi merealisasikan strategi dan inisiatif yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI