KUALA TERENGGANU – Seorang tukang jahit yang sedang menghadiri kenduri kahwin panik apabila dimaklumkan kedai menjahit pakaiannya sedang terbakar di Kampung Pengadang Baru di sini hari ini.
Tambah membuat Murati Embong, 64, hampir pengsan, dua kanak-kanak lelaki termasuk salah seorang cucunya berada di dalam premis yang terbakar pada pukul 1.10 tengah hari itu
“Cucu saya dan seorang anak jiran yang kedua-duanya berusia tujuh tahun tidak mahu mengikut saya menghadiri kenduri kahwin di Kampung Losong di sini.
“Berderau darah apabila dimaklumkan tentang kebakaran tersebut” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Murati berkata, dia bergegas pulang ke kedai menjahit pakaiannya dan lega apabila mendapati cucu dan anak jirannya berada diluar premis selepas diselamatkan orang ramai.- K! ONLINE