fbpx

Cuaca buruk di empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di negeri Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Sarawak petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir yang dikeluarkan melibatkan kawasan Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang.

“Di Johor, melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muat, Batu Pahat dan Kluang.

“Selain itu, amaran yang sama turut diterima di Pahang membabitkan kawasan di Rompin,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di negeri Sarawak melibatkan kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Miri (Subis dan Miri).

Jelasnya, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI