fbpx

CEO minyak masak kecoh didenda RM30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Suasana di Mahkamah Sesyen di sini bertukar kecoh apabila Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembekal minyak masak tidak berpuas hati didenda RM30,000 atas kesalahan membekal minyak masak berlebihan kepada peruncit.

Datuk Dr. Zaini Md. Taha yang mewakili syarikat Lesong Food Industries Sdn. Bhd. diarahkan membayar denda tersebut oleh Hakim, Nariman Badruddin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Dalam sesi rayuan Zaini bagaimanapun berulang-kali menjelaskan minyak yang dibekalkan bukan bersubsidi dan mengaitkan peruncit lain dalam kes itu sehingga hakim memintanya berhenti dari meneruskan pertikaian tersebut.

Mengikut pertuduhan, syarikat Lesong Food Industries Sdn. Bhd. didapati telah menjual 140 unit minyak masak 5 kilogram jenama Lesong melebihi had kuantiti dalam lesen runcit Syarikat Era Prestij Resources.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.30 petang di Melaka Halal Hub, Serkam Fasa 2, dalam daerah Jasin pada 4 Oktober 2021.

Sabit kesalahan syarikat tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM5 juta mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI