fbpx

Agong perkenan kurnia Suratcara pelantikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara hari ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram Istana Negara berkata, Seri Paduka Baginda mengurniakan Suratcara Pelantikan kepada kedua-dua hakim terbabit.

“Pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil ini, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Yang Arif Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah dan Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Datuk Mohd Nazlan Mohd. Ghazali.

“Turut hadir Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Presiden Mahkamah Rayuan Yang Amat Arif Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Yang Amat Arif Tan Seri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI