fbpx

Warga emas hilang: Kawasan pencarian diperluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba di kawasan ladang kelapa sawit pada hari ketiga pencarian warga emas, A. Sivapaki yang hilang di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau, Seremban hari ini.- Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Radius kawasan pencarian seorang warga emas yang hilang di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau diperluaskan sejauh lima kilometer selepas operasi mencari memasuki hari ketiga hari ini.

Ketua Zon Seremban, Penguasa Kanan Bomba II, Khir Amir Ahmad berkata, pihaknya mengaturkan pencarian bermula dari rumah wanita tersebut iaitu, A. Sivapaki, 73, dan di sekitar ladang kelapa sawit di kampung berkenaan sehingga ke Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Sawah, Rantau.

“Pada hari ketiga pencarian hari ini, seramai 48 orang anggota dari pelbagai agensi terlibat termasuk bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta keluarga turut terlibat mencari mangsa.

“Strategi kekuatan anggota yang sama akan digunakan bermula pukul 2 petang ini dan radius kawasan pencarian akan diperluaskan sejauh lima kilometer sehingga ke LRA Kuala Sawah, Rantau di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas, A. Sivapaki hilang ketika mencari lembu peliharaannya di kawasan ladang sawit di Kampung Sega Tengah, Kuala Sawah, Rantau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI