PUTRAJAYA – Kes aktif di seluruh negara terus meningkat dengan 57,152 kes dilaporkan semalam, demikian data pada laman web CovidNow.
Daripada jumlah tersebut, 49,787 kes dikuarantin di rumah, 4,211 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,041 kes di hospital, 54 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 59 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Dalam masa sama, tujuh kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,985 kes. Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,447 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan Johor (2), Selangor (2), Pahang (1), Perak (1) dan Terengganu (1). -K!ONLINE