fbpx

261 kemalangan di Melaka dalam tempoh lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ops Selamat 17 dijalankan sempena Tahun Baharu Cina.

MELAKA – Polis trafik negeri ini merekodkan 261 kes kemalangan dengan satu membabitkan kejadian maut dalam tempoh lima hari musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sehingga semalam, 56 daripada jumlah kes telah berlaku di persimpangan lampu isyarat.

Katanya, kemalangan berpunca apabila pengguna jalan raya cuba memotong barisan menyebabkan seramai 10 individu terlibat mengalami cedera parah, manakala 46 cedera ringan.

“Dalam tempoh lima hari Ops Selamat 17 yang dijalankan sempena Tahun Baharu Cina, kita telah merekodkan sebanyak 261 kes kemalangan termasuk satu kejadian maut.

“Kebanyakan kes berpunca daripada sikap tidak sabar pengguna jalan raya yang bertindak memotong barisan di lampu isyarat sehingga menyebabkan kecederaan dan menyusahkan orang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai Ops Selamat 17 di Plaza Tol Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penguatkuasaan operasi, beliau memberitahu JSPT telah mengeluarkan saman sebanyak 4,279 berjumlah RM1.28 juta terhadap pengguna jalan raya dalam tempoh sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI