fbpx

Urus dan manfaat masa sebaik mungkin- Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam supaya sentiasa menitikberatkan soal kepentingan mengurus dan memanfaatkan masa dalam kehidupan.

Baginda bertitah, umat Islam diseru memahami dan menghayati intipati khutbah Jumaat bertajuk ‘Mencari Keberkatan Masa’ yang dibacakan khatib di masjid-masjid seluruh negeri ini minggu lalu.

“Memetik isi kandungan khutbah itu, umat Islam wajib meneladani Rasulullah S.A.W. yang amat menitikberatkan soal kepentingan menguruskan masa dalam kehidupan.

“Baginda Rasulullah sentiasa berpesan agar memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin,” titah baginda menerusi Facebook (FB) Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, banyak faktor menyebabkan manusia leka dan lalai dalam menguruskan masa.

“Antara faktor kegagalan kita dalam menguruskan masa sebaiknya ialah tidak memahami matlamat kehidupan di dunia, sikap malas dan sambil lewa serta suka bertangguh atau membuang masa.

“Kesemua tabiat buruk itu mesti dihadapi dengan penuh mujahadah melawan diri sendiri. Orang bermujahadah tidak akan membiarkan dirinya diperhambakan oleh hawa nafsu malah dia mengawal hawa nafsunya,” tegas baginda.

Titah Sultan Sharafuddin, jika Allah memberkati masa kita, bererti berlaku penambahan dan kebaikan.

“Maka, sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati sudah tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati.

“Oleh demikian, kita akan mendapati insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah memberkati umur mereka,” titahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI