fbpx

Sajat gembira tinggal di Australia, luaskan sayap perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAJAT memilih untuk tinggal di Australia dengan mengusahakan perniagaannya.

PETALING JAYA – Kehidupan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman di Sydney, Australia disifatkan semakin bahagia di mana figura itu mendapat kebebasan secukupnya untuk hidup selasa bersama penduduk di sana.

Sajat juga dilihat berjaya meluaskan sayap perniagaannya apabila bakal menubuhkan sebuah syarikat dikenali Nur Sajat Lega­cy Cosmetics di Sydney pada April ini.

Menerusi entri Instagram Sajat baru-baru ini, dia menzahirkan rasa berikutan berjaya membuktikan cita-citanya kepada rakyat Malaysia seperti yang dijan­jikan sebelum ini.

“Alhamdulillah, tunggu pembukaan Nur Sajat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Pasukan Sajat akan berkepak di Australia.

“Bersyukur sangat dengan pasukan Sajat di Australia. Yang mana hendak bekerja dengan Sajat, kamu sudah bersedia nak berhijrah kerja di luar negara? Bulan empat atau lima Sajat akan membuka perniagaan. Tunggu,” tulisnya baru-baru ini.

Sementara itu, rata-rata pengguna Instagram melahirkan ucapan tahniah di atas pencapaian dikecapi Sajat di Sydney selain mendoakan agar dia terus diberikan kejayaan dalam perniagaan.

“Semangat Sajat tidak semua orang ada, pelbagai kejian dan cemuhan diterima sampai lari negara orang, tatapi dia tetapkan buktikan boleh hidup dan bangkit semula, “ kata Sacmiacz.

“Dedikasi awak terhadap kerja sesuatu yang harus dipuji, tahniah dan semoga dapat bina empayar di peringkat antarabangsa,” jelas Siera Wong.

Sajat sebelum ini dilaporkan kerap berkongsi mengenai kehidupan terbarunya di Sydney menerusi akaun Instagram dengan memaparkan pelbagai akti­viti dilakukan selain perkembangan perniagaan diusahakan.

Difahamkan, Sajat sedang mengusahakan perniagaan korset di Sydney seperti yang dijalankannya sebelum ini di Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI