KECOH apabila baru-baru ini aktres popular, Saiee Manjrekar didakwa bercinta dengan anak pengarah, Sajid Nadiadwala iaitu Subhan Nadiadwala, 21.
Pelakon Dabangg 3 itu dikatakan sedang dilamun asmara apabila gambar-gambar sedang berdua-duaan dengan Subhan di sebuah lokasi berjaya dirakam dan ditular paparazi.
Aktres berusia 24 tahun itu bagaimanapun menepis gosip dakwaan tersebut dengan menjelaskan hubungan bersama Subhan sekadar kawan baik.
“Kami rapat sejak kecil dan sudah kenal lama dan tiada hubungan istimewa. Saya agak pelik kerana ini kali pertama saya dilanda gosip panas, namun saya tidak peduli kerana tahu rakan dan keluarga mengetahui hal sebenar,” ujarnya.