fbpx

Rihanna sah mengandung anak A$AP Rocky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIHANNA membiarkan beberapa keping foto fizikal atau penampilan terbaharu dirinya dengan 'baby bump' membuncit yang dirakamkan hujung minggu lalu di Bandaraya New York.

TIDAK lagi berselindung, penyanyi popular global, Rihanna hamil anak pertama hasil hubungan romantis dengan penyanyi rap, A$AP Rocky.

Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty mengesahkan kehamilan tanpa memberikan sebarang komen tentang perkara tersebut.

Bagaimanapun, wanita 33 tahun itu hanya membiarkan beberapa keping foto fizikal atau penampilan terbaharu dirinya dengan ‘baby bump’ membuncit yang dirakamkan hujung minggu lalu di Bandaraya New York.

Tampil bergaya, mogul fesyen itu dilihat menghabiskan masa bersama kekasihnya, Rocky. Rihanna tidak lagi berahsia tentang kehamilan anak sulungnya dan buat pertama kali, berkongsi kepada umum fizikal dirinya yang sedang hamil walaupun membisu seribu bahasa.

Sumber rapat membocorkan kepada majalah People bahawa Rocky telah berjaya ‘menjinakkan’ Rihanna dan pasangan selebriti itu tidak sabar dan sangat teruja bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

“Ramai lelaki mencuba untuk menjalin hubungan dengan Rihanna namun hanya Rocky yang berjaya melakukannya.

“Mereka sentiasa berseronok bersama. Sentiasa bergurau senda. Mereka suka habiskan masa bersama dan sangat mencintai antara satu sama lain.

“Rocky sangat menyayangi Rihanna sejak awal hubungan cinta. Dia (Rocky) tersangatlah romantik dan selalu memastikan bilik yang didiami Rihanna sentiasa dipenuhi jambangan bunga,” ujar sumber rapat seperti dipetik majalah People.

Mei tahun lalu, Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers, 33, buat pertama kali mendedahkan kepada majalah GQ bahawa pelantun lagu Diamond itu merupakan cinta hatinya.

“Hidup lebih baik apabila dah berjumpa dengan orang yang kita sudah lama ternanti-nanti,” ujar Rocky.

Bagaimanapun, buat masa sekarang, belum ada perincian rasmi tentang usia kandungan Rihanna dan jantina anak pertamanya itu.

Rihanna dan Rocky sudah lama berteman rapat iaitu sejak 2012 namun hanya sekitar 2020 mengesahkan bahawa persahabatan mereka berputik menjadi hubungan cinta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI