fbpx

PM hadir sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu negara pagi ini.

Turut hadir bersama Perdana Menteri pada sambutan yang diadakan di Wisma MCA di Jalan Ampang di sini ialah isteri beliau, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Majlis dimulakan kira-kira pukul 9.40 pagi dengan kira-kira 300 tetamu menggaul ‘Yee Sang’ secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA itu dimeriahkan dengan persembahan tarian harimau dan nyanyian.

Selain Perdana Menteri, turut hadir memeriahkan sambutan beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan juga hadir sambutan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut hadir.

Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis tersebut berkata, sambutan Tahun Baharu Cina melambangkan perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini melambangkan perpaduan kita bersama selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Saya harap tahun ini akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua dan hubungan antara kaum dapat dirapatkan lagi demi kepentingan bersama,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI