fbpx

Pesohor media sosial kemaruk jadi ‘orang Korea’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLI London berkata dia kini dikenali sebagai orang Korea. - Instagram

LONDON – Seorang pesohor media sosial merancang untuk mengecilkan zakarnya supaya boleh merubah diri untuk menjadi ‘lebih Korea’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Oli London, 32, yang dilahirkan oleh ibu bapa kulit putih di Britain, bercita-cita ingin kelihatan seperti orang Korea dan menjadikan bintang K-pop, Jimin sebagai rujukan penampilannya. 

“Ketika saya menjalani pembedahan, saya akan gembira selama dua bulan. Tetapi selepas itu saya mahukannya lagi,’’ katanya.

Lelaki itu telah membelanjakan hampir £200,000 (RM1.12 juta) bagi menjalani pembedahan plastik supaya dia kelihatan seperti penyanyi kumpulan BTS itu. London merancang akan ke Thailand bulan depan untuk menjalani pembedahan paling ekstrem.

“Saya malah akan menjalani pembedahan untuk mengurangkan saiz alat sulit supaya menyerupai saiz normal lelaki Korea,’’ jelasnya kepada laman berita Newsweek.

“Saya boleh melakukannya di Thailand dengan kos antara AS$6,000 (RM 25,092) hingga AS$8,000 (RM33,456),’’ tambahnya.

London berkata, kos di Thailand lebih murah dan doktor-doktor di sana memang pakar dalam pembedahan seperti itu. 

Lelaki itu turut sedang memikirkan untuk melengkapkan transformasi diri dengan mengecilkan saiz tangan pula. 

Menurut laman worldpopulationreview.com, purata saiz alat kelamin lelaki Korea Selatan adalah kira-kira 13.16 sentimeter, manakala di Britain pula sebenarnya lebih kecil iaitu 13.13 sentimeter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI