fbpx

Penunggang maut motosikal bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan kedua-dua motosikal yang bergesel di Kilometer 0.4 Lebuh Raya DUKE dari arah pusat bandar menghala Gombak, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di Kilometer 0.4 Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari arah pusat bandar menghala Gombak, dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi, kemalangan berlaku melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda RS150.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal Yamaha LC135 menunggang motosikal dari arah Jalan Kuching menghala Plaza Tol Sentul.

“Sebaik sampai di tempat kejadian berdekatan dengan susur masuk ke lorong motosikal didapati telah bergesel dengan motosikal Honda RS150 yang berada di laluan yang sama,” ujarnya sebentar tadi.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal Yamaha LC135 yang berusia 44 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Bagaimanapun penunggang Honda RS150 yang berusia 31 tahun terselamat dan dikejarkan ke Unit Kecemasan HKL ekoran kecederaan pada bahagian kaki dan kepala,” ujarnya.

Katanya, kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI