fbpx

Pemandu Hilux biar kanak-kanak main di belakang dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi dua orang kanak-kanak sedang bermain di bahagian belakang kenderaan undang kerisauan netizen

PETALING JAYA – Tindakan pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux membiarkan dua orang kanak-kanak bermain di bahagian belakang kenderaan telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik Shafie Awang di Facebook, memaparkan kanak-kanak itu sedang berdiri dan bertukar tempat antara satu sama lain tanpa dipantau pemandu kenderaan tersebut.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Jitra, Kedah.

Dalam pada itu, orang ramai turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan rata-ratanya mengecam tindakan segelintir ibu bapa yang kurang peka tentang keselamatan anak-anak.

“Maaf la nak cakap, memang zaman sekarang ini ramai ibu bapa yang tidak ambil berat soal keselamatan anak-anak, kalau betul bertanggungjawab, tidak biarkan anak-anak. Ada yang buka tingkap kereta dan biarkan anak keluarkan kepala ke luar, bila ditegur akan dibalas dengan kasar,” kata Sue Shuhada.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan kekecewaan apabila masih ada ibu bapa yang kurang perhatian kepada pergerakan anak-anak di dalam kereta sehingga mengundang bahaya.

“Budak duduk di belakang bukan tahu apa erti bahaya, ibu bapa yang haru ambil perhatian, orang bawa anak kecil naik motor pun dah dilihat bahaya, ini dibiar main tanpa pengawasan, kalau brek mengejut, pasti bahaya,” luah Khetizah Allih.

“Jangan main-main, benda membahayakan nyawa anak macam ini boleh didakwa, harap pemandu dapat dikesan dan diambil tindakan undang-undnag, semoga jadi pengajaran,” ujar Makcik Seha. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI