fbpx

Lelaki di bawah pengaruh ganja potong zakar sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOKTOR berkata kemaluan lelaki itu terlalu rosak sehingga gagal diselamatkan. – Science Photo Library

BANGKOK – Satu kajian kes perubatan mendedahkan mengenai seorang lelaki yang dilaporkan memotong kemaluannya sendiri ketika berada di bawah pengaruh ganja, lapor laman metro UK kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun yang tidak didedahkan identitinya dan berasal dari Thailand itu menghisap ganja selama dua tahun sebelum cuba menghentikan tabiatnya.

Tiga bulan kemudian, dia menghisap 2 gram ganja dan mengalami ereksi dua jam kemudian walaupun tanpa apa-apa rangsangan seksual. 

Dia juga berasa sakit pada kemaluannya dan berkata, hujung zakarnya terbalik.

Kerana percaya boleh menghentikan kesakitan dialami, dia memutuskan untuk memotong kulit kemaluannya beberapa kali menggunakan gunting sebelum ia dipotong sepenuhnya. 

Pendarahan berlaku tidak berhenti selama dua jam sebelum dia dibawa ke hospital. Doktor-doktor percaya kemaluannya terlalu rosak untuk diselamatkan lalu membuang semua kulit dan daging yang mati.

Bahagian yang dipotong itu telah dihurung oleh semut, manakala yang tinggal hanyalah kemaluan sepanjang 2 sentimeter.

Penyelidikan itu diterbitkan menerusi Journal of Medical Case Reports dengan menyatakan bahawa gejala psikosis atau halusinasi berlaku akibat penggunaan ganja tanpa sebarang penyalahgunaan bahan lain.

Penulis utama kajian tersebut, Nantanan Jengsuebsant daripada Jabatan Perubatan Kecemasan turut menyatakan bahawa ganja telah digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk tujuan perubatan dan rekreasi.

Pengalaman lelaki itu adalah kes yang jarang berlaku tetapi ganja dilihat menunjukkan banyak kesan buruk termasuk psikosis, tambah laporan itu.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan bahawa psikosis adalah kesan buruk yang disebabkan oleh ganja dan dengan tidak dijangka boleh menjejaskan pemikiran untuk mencederakan diri sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI