LONDON – Kemasukan Duke Of Edinburgh, Putera Phillip ke hospital pada Februari tahun lalu sebelum beliau meninggal dunia, mendorong peningkatan penulisan wasiat di Britain sebanyak 131 peratus, lapor akhbar Daily Star, semalam.
Menurut pandangan daripada penulis wasiat dan penyedia pengebumian, Farewill, kesan itu berterusan dengan peningkatan 26 peratus dalam penulisan wasiat selepas Ratu Elizabeth II dimasukkan ke hospital pada 22 Oktober tahun sama.
Pengumuman penting lain termasuk Sir Kapten Tom Moore yang menerima rawatan untuk Covid-19, turut menyaksikan peningkatan 39 peratus dalam penulisan wasiat.
Tinjauan penyelidikan menunjukkan penambahan 2,000 individu dewasa di Britain yang mewakili 32 peratus daripada populasi penduduk negara itu berkata mereka jarang memikirkan kematian sendiri melainkan didorong oleh kematian orang lain.
Tinjauan juga menunjukkan bahawa hari Isnin pada pukul 2 petang adalah masa paling popular untuk menulis wasiat.
Hampir satu perlima daripada semua surat wasiat yang dibuat dalam tempoh tiga tahun lepas adalah pada hari pertama dalam minggu itu. – Agensi